Goodkids academy
PROGRAM TRANSFORMASI MENTAL & EMOSI UNTUK GOLONGAN MUDA
GoodKids Academy membawa kesedaran kesihatan mental, pengurusan emosi dan kemahiran mengatasi untuk pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang untuk belajar cara-cara menangani cabaran yang mereka menghadapi sekarang.
Pandemik membuktikan bahawa kita tidak dapat meramalkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar kita.Tetapi, kita boleh mengajar mereka untuk menjadi lebih tabah supaya mereka sedia menghadapi cabaran.
KAMI MENYEDIAKAN
KANDUNGAN KESEJAHTERAAN MENTAL DAN EMOSI
UNTUK PELAJAR KAMI
Matlamat kami adalah untuk membantu golongan muda menangani cabaran dan membantu mereka untuk menjadi individu yang tabah dengan menggunakan kandungan kami yang disediakan oleh ahli profesional kesihatan mental.
MINDMOVERS
JADILAH VERSI TERHEBAT ANDA!
MASA DEPAN YANG HEBAT
BERMULA DENGAN PELUANG.
Dengan setiap pendaftaran program MINDMOVERS, anda memberi peluang kepada 5 pelajar B40 untuk mempelajari kandungan GOODKIDS ACADEMY kami secara percuma.
Daftar sekarang untuk program Mind Movers yang boleh membantu anda transformasi minda dan kesejahteraan anda.
KURSUS KAMI
Kami pakar dalam membantu individu dan korporat untuk membina ketabahan menghadapi cabaran semasa dan membina minda yang positif. Program kami dibina oleh ahli-ahli profesional yang berpengalaman dalam bidang kesihatan mental dan juga telah berjaya membantu ramai untuk mencapai potensi penuh. Kaedah yang kami guna menarik serta membolehkan seseorang untuk memahami diri sendiri dengan lebih mendalam untuk kesan yang holistik dan mampan.
“THE ART OF BUILDING RESILIENCE”
Pelajari faktor-faktor yang mempengaruhi ketabahan dari segi peribadi dan profesional serta faktor- faktor yang membangunkan pemikiran yang tabah. Teknik-teknik dalam program ini akan membantu anda respon terhadap tekanan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan menangani cabaran. Anda akan mempelajari kaedah-kaedah praktikal yang akan membantu anda memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dan membantu anda berjaya melalui halangan kehidupan.
“PSYCHOLOGICAL IMMUNITY FOR WELLBEING”
Pelajari kesejahteraan psikologi dan amalkan psikologi positif untuk meningkatkan kesihatan anda seacara keseluruhan. Teknik dalam program ini akan membantu anda mewujudkan kesedaran terhadap emosi anda, memberikan anda pemahaman tentang pilihan dan mengawal kehidupan anda secara holistik. Anda akan mempelajari kaedah-kaedah praktikal untuk menukar perspektif, emosi dan menukar tabiat-tabiat yang tidak sihat untuk anda.
TENTANG KAMI
KAMI ADALAH PERUSAHAAN SOSIAL
LAPORAN IMPAK GOODKIDS
Berikut ialah laporan impak kami. Sila klik untuk melihat atau memuat turun.
GoodKids adalah sebuah perusahaan sosial yang mentransformasi golongan muda dengan menggunakan bidang kaunseling dan seni.
Kami menyediakan program ini untuk membantu golongan muda membina keyakinan diri, membangunkan kemahiran kritikal, kekuatan mental dan emosi supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang bermatlamat.
Dalam tempoh 6 tahun yang lalu, kami telah memberi impak kepada 800 lebih pelajar daripada golongan muda yang berasal dari komuniti B40.
Kami telah memastikan bahawa pelajar-pelajar B40 mempunyai telefon pintar dan kuota internet semasa menghadapi pandemik supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran. Program kami telah membantu mereka berasa lebih yakin, terbuka dan meningkatkan penyertaan mereka dalam pelajaran akademik. Kami telah memperkasakan golongan muda ini agar mereka menjadi contoh di sekolah dan di komuniti mereka.
GoodKids adalah sebuah perusahaan sosial yang diiktiraf secara rasmi di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan & Koperasi (MEDAC)
Sumbangan-sumbangan yang kami terima untuk menyokong kerja kami dikecualikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) Kementerian Kewangan (MOF)
ANGGOTA KAMI
Kami merupakan sebuah organisasi yang dinamik daripada pelbagai bidang untuk menghasilkan impak yang mampan dalam masyarakat kita.
Goodkids dimulakan oleh Balasubramaniam, iaitu seorang ahli psikologi kaunseling yang mempunyai 35 tahun pengalaman bekerja dengan golongan muda yang berisiko tinggi. GoodKids berkembang menjadi sebuah perusahaan sosial dengan Naaraayini, seorang pemuzik berbakat yang menggabungkan seni dan psikologi ke dalam kandungan latihannya dan Koggelavani, seorang pemuzik dan usahawan yang tidak pernah kekurangan idea-idea menarik.
Projek-Projek Kami
APA PANDANG PANDANG
APA PANDANG-PANDANG Pameran secara dalam talian menunjukkan karya seni pelajar-pelajar GoodKids yang menggambarkan kehidupan mereka sebagai komuniti B40 dan bagaimana pandemik pula menjejaskan kehidupan mereka.
GOODKIDS LEAGUE
Pertandingan seni persembahan di kalangan pelajar yang telah menjalani latihan di bawah program GoodKids selama 6 bulan. Pelajar-pelajar tersebut mempersembahkan lakonan teater mengisahkan cerita komuniti mereka serta memainkan muzik yang dicipta oleh mereka dengan menggunakan gendangan baldi dan instrumen lain yang dibuat secara kreatif menggunakan bahan kitar semula.
WHEN BELLS MEET BUCKETS
Persembahan teater tarian yang menggabungkan Bharatanatyam dan gendangan baldi untuk menceritakan kisah kanak-kanak yang membesar dalam komuniti B40 serta memberikan unsur-unsur perjuangan mereka dalam pengaruh keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Produksi ini diakhiri dengan mesej yang menggesa masyarakat untuk berhenti melabel kanak-kanak dari latar belakang ini.